Assalamualaikum,
Kejap tadi sebenarnye aku baru terasa gegaran yg berjaya buat aku menggeletar sehingga 5 minit kemudian. Padahal gegaran tu sekejap je..tak smpai seminit pun. Allah..
Aku tinggal kat bilik bawah (rumah 2 tingkat), dan aku paling dekat sekali dengan pintu keluar, aku sebenarnye terus blank, pastuh terus terfikir kawan2 aku kat bilik2 sebelah ngan kat tingkat atas. Aku dah terfikir dah mungkin rumah ni nak runtuh, sebab gegaran die agak kuat jugak..bergoyang-goyang segala-galanya..
Alhamdulillah, bila aku start turun dari katil je dan pergi ke luar bilik, gegaran tuh dah berhenti. Kawan2 aku semua keluar dari bilik diorang jugak. Alhamdulillah, semua baik. Dup dap dup dap gak jantung aku tadi. Dah lah sejuk gile kat luar tu. Takde beza dengan suhu dalam peti sejuk. Mungkin lebih sejuk lagi adalah..
Benda2 macam ni buat aku terfikir, kalau Allah nak, senang je Allah nak buat. Aku sebenarnye tgh layan movie waktu tu. Movie biase2 je..so, aku terfikirlah..aku ni akan gembira ke kalau tgh best2 layan movie, pastu ajal datang.. Bukan ke lebih bagus kalau aku dijemput waktu tgh baca al-Quran atau sembahyang sunat?
Jadi, marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan.
Sorang member ni pernah habaq mai kat cek..kalau kite nak berubah ke arah kebaikan tu, buatlah suatu benda yang membuatkan hari kita hari ni lebih baik dari hari semalam. Bunyi memang macam susah..pastu die bagi contoh,
"Kalau sebelum ni kita tak pernah selawat sebelum tido, malam ni kita selawatlah 10 kali sebelum tido. Walaupun sikit, tapi sekurang2nya hari kita ni lebih baik dari semalam. Biarlah taraf perubahan tu hanya 0.00000000001 je, tapi sekurang2nya kita ada niat dan usaha nak berubah. Allah tgok usaha kita, bukan keputusannya, sebab Allah yang akan tentukan segala2nya."
...Aku sebenarnya serius tak pernah terfikir macm tu sebelum ni. Betul jugak tu ape yg member aku ni cakap. Selawat 10 kali tu at least akan membuatkan hari aku hari ni lebih baik dari semalam yg mane aku xpernah pun selawat sebelum tido.
JADI....
Aku terus bukak Youtube, dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Kan kat tepi2 laman Youtube tu ada related videos yg lain tu kan? Aku tertarik dengan video2 yg dibuat oleh saudara abuaqif. Bukannya tertarik apa, tapi aku "suka" tengok point dia meng-kondem UAI. Bagi sesiapa yg xkenal siapa abuaqif ni, jgn risau, aku pun xkenal dia sapa. Tapi aku tau la dia suka buat video yg aku kira, boleh melaga2kan ustaz2.
Salah satu main point abuaqif ngan ustaz die ni meng-kondem UAI, adalah penggunaan bhs kasar oleh UAI. UAI tu tak sempurna. But then again, none of us are. Kalau ikut pendapat aku pun, aku ok je dgn penggunaan bhs "kasar" dalam dialek Ganu oleh UAI. Sebab apa?
1) Dalam Al-Quran pun ada bahasa kasar yg Allah guna utk marah orang2 yg jahat seperti "celakalah orang yang lalai dalam solat" (Al-Ma'un: 4-5)
2) Bahasa kasar secara direct yg diguna dalam pendekatan berunsur humor lebih senang mendekati golongan muda dan/atau tua.
Betul lah tu apa yg diorang cakap bile kata UAI tu suka guna bhs kasar. Tapi, kalau kita tgok dari segi jumlah penonton yg datang utk dgr ceramah, rasa-rasanya ceramah siapa lagi ramai pendengar? Sekarang ni dunia dah akhir zaman, perjuangan nabi s.a.w dulu adalah menyebarkan islam antara orang yg bukan islam. Lepas tu baru nabi berdepan dengan masalah orang munafik, iaitu orang yang mengaku islam tapi sebenarnya hanya masuk islam kerana bimbang akan keselamatan diri, harta diorang. Sekarang ni, perjuangan kita adalah kita perlu perjuangkan semula islam tu dlm kalangan org Islam itu sendiri. Apa yg aku nk cakap adalah, UAI dah sediakan 1 platform utk memulakan pemulihan jiwa dan rohani org2 muda kita. Tapi UAI tu sorang, orang malaysia nih ade nk dekat 3 juta org. Jadi, kenapa nak kondem UAI dengan bermodalkan alasan utama yg die suka gune bhs kasar? Kat tv tu jgn kate bhs kasar, cite2 xsenonoh pun boleh lepas keluar, xde plak die nk kondem?
Ustaz yg memberi komen dlm video abuaqif tu pun..haih..aku ni bukannye ada byk ilmu agama pun, bahkan aku rasa byk lg yg boleh aku belajar dr ustaz tu..tapi..mengutuk/mengumpat orang lain? Aku rasa budak sekolah tadika pun tahu perbuatan tuh salah.
Aku sebenarnya tak faham dengan orang yg suka memburuk2kan org lain. Best sgt ke? Aku teringat ada doa yang dipanjatkan oleh orang muhajirin dan ansar, supaya mereka tak merasa cemburu dgn org2 islam yg dah lebih lama peluk islam dr mereka:
"Ya tuhan kami, ampunilah kami dan saudara2 kami yg tlh beriman lebih dahulu dr kami, dsan jgnlah Engkau tanamkan kedengkian dlm hati kami terhadap org2 yg beriman. Ya tuhan kami, sungguh, Engkau maha penyantun, maha penyayang"
(Al-Hasyr: 10)