Friday, September 2, 2011

ya Allah...

Ya Allah..
aku terasa ingin menangis sekali.. tapi entah kenapa..
air mata semacam tertahan tahan di birai mata.

Aku rasa sedih.
Ya, aku sedang diuji. Aku rasa berat dugaan ini tapi... ada lagi makhluk ciptaanNya yang lebih berat dugaannya daripada aku.

Aku terasa ingin mengeluh tapi mengeluh takkan mengubah apa-apa.
Malah membawa dosa.
Namun aku yakin. Seberat mana dugaan ini, aku yakin, aku masih punya Dia!

Hanya Dia tempat aku mengadu.
Jika ingin menangis, menangislah. Tidak seharusnya aku berasa malu untuk menangis tatkala aku berhadapan denganNya.
Kerana Dia lagi suka melihat hambaNya datang menyerah diri kepadaNya.
Kerana Dia lagi suka mendengar rintihan dan luahan hati hambaNya.

Aku yakin. Aku masih ada Dia!
Jika ini dugaan yang Kau berikan padaku, untuk membuat ku kembali mengingatiMu, sejujurnya aku redha ya Allah...

"Kerana Engkaulah sebaik-baik tempat kami memohon pertolongan"
Permudahkanlah urusan kami ya Allah... Amin.

No comments:

Post a Comment

mehla komen kalau berani