Saturday, August 18, 2012

random. raya.


Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam.


ssiapa yg akan driving ke kampung halaman, drive le elok2.
anda bawa nyawa kat belakang tu, bukan bawa Barbie doll. hehe...



untuk anakanda yang terchenta (yg kecik2 tu):

time ni la "mengepau" orang2 yang tersayang di sekeliling anda... hahaha.. ok. bukan. beraya ke rumah orang adalah untuk mengenal siapa tuan rumah tu, kut la sedara mara ko... sedara mara yg bau2 bacang pun payah nak kenal, lagikan sedara mara yg dekat.
meh, kenal mereka. bukan semata-mata duit raya aje. haih...



perihal keampunan, kemaafan di pagi 1 Syawal:

segala urusan minta maaf, ditunda kepada pagi hari raya.
setiap hari adalah hari untuk kita mintak maaf.
bukan hanya tunggu 1 Syawal, then baru nak mintak maaf dosa-dosa yg berkurun. kan?
setiap masa dan ketika, minta maaf kepada orang2 yg kita pernah lukakan hatinya.
sebab... sakit terluka tiada nampak sakitnya, kerana yang melukakan pun tiada sedar.
(ok. sastera tak berapa nak jadi)



tema warna baju raya:

hoh. COLORFUL!! satu family, satu warna. 10 family, 10 warna... haha...
itu baru 1 Syawal punya tema. belum masuk 2, 3, 4... Syawal...



apapun...

destinasi pertama before g beraya rumah sedara mara.
kubur.
yes. kubur sedara mara yg telah pergi menghadap DIA buat selama-lamanya.
sedekahkan alFatihah untuk mereka.
doakan mereka agar sejahtera di alam sana.
dan juga, mengingatkan diri ini bahawa mati itu pasti.
cepat atau lambat, kita tak tahu.
sebab dalam surat beranak, cuma ada tarikh lahir je...
betul tak? ;)
so, satu peringatan sebenarnya bagi kita yang masih hidup.



Lastly,

Selamat Hari Raya. :)

No comments:

Post a Comment

mehla komen kalau berani