Monday, December 9, 2013

Mimpi lama

Mimpi ni aku alami masa mula-mula nak berubah dulu. Dalam banyak-banyak mimpi, aku rasa mimpi ni paling merubah kehidupan aku.

....................

Aku keluar dari rumah, sambil memimpin tangan anak lelakiku.
Aku berpakaian jubah hitam.
Di sebelah lagi tangan, aku memegang Al-Quran.
Anak lelaki aku sibuk nak pegang dan baca Al-Quran.
Aku tak bagi,
sebab aku nak baca.

Bila aku selak Al-Quran aku,
kosong...
Takde ayat Al-Quran.
Semua dah hilang.
Aku menangis.
Mula menyesal sebab banyak lagi surah aku tak hafal dan amalkan.
Anak aku pelik dengan aku.

Di lorong jalan tu,
Ada 2 orang lelaki duduk di tepi.
Mereka duduk bersebelahan, bersila.
Seorang berjubah,
mukanya tidak jelas.
Seorang lagi jelas rupanya,
tidak berjubah.

Yang tidak berjubah itu menangis melihat aku.
"Boleh jadi kiamat itu esok", katanya.
Dia menangis teresak-esak.
Aku takut.
Merasa sesak.

.....................................

Aku terus terjaga.
Dengan degupan jantung yang maha dahsyat.
Aku takut.
Sangat takut.
Aku menangis di atas katil.

Astaghfirullah-al-azim...
Dasyat sungguh dosa silam aku.

"Boleh jadi kiamat itu esok.."

Aku ingat ayat tu sampai hari ni.

Memang aku berubah terus lepas tu. Tapi, selalu jugak aku terjatuh semula.
Ya Allah, kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku.
Jadikan aku sentiasa ikhlas kerana Mu.
Jadikanlah aku orang yang sentiasa bergantung harap denganMu Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosaku, dan orang-orang yang dekat dihatiku, Ya Allah...
Ampunilah dosa kami, sama ada dosa yang kami sedar, atau pun tidak sedar..

Amin.



Sunday, December 8, 2013

Mimpi di malam hari

Semalam aku mimpi,
tak ingat pulak susur galurnya..
tetiba je sampai di situ.

Aku dalam kedai.
Kedai tu ala-ala bodyshop.
Lantai berkayu oak yang berwarna cerah.
Aku pergi dengan beberapa orang kawan,
tapi tak ingat siapa.
Dalam kedai tu ada ramai orang,
tapi tak ramai sangatlah.
Semua tengah sibuk belek barang.

Ada kekecohan sikit dekat kaunter.
Aku jauh sikit, dekat dengan pintu keluar.
kaunter tu ada kat bahagian dalam sikit.
Lepas tu aku tengok ada api dekat kaunter,
tanda akan ada letupan.
Aku mula cuak.
Kedai tu dibarisi dengan tingkap kaca.
Semua orang mula jerit.
Aku terus meniarap atas lantai.
Sambil tu mengesot untuk pergi ke depan rak jual barang yang solid.
Sebab tempat tu paling selamat.
Aku tahu aku kena lindung kepala aku dari kaca yang berterbangan.
Aku tekup tangan kat kepala aku.
Waktu tu, ramai orang yang sangat panik.
Diorang tak meniarap pun.
cuma berlari mahu pergi ke arah pintu keluar.
Tapi letupan boleh berlaku sekejap je.
Kaca pun berterbangan.
Bunyi kuat pun dapat dengar.
Letupan tu pun buatkan sesetengah meletup dan terbakar,
ada yang diterbangkan.
Aku?
masih meniarap di balik rak.
Memejamkan mata rapat.
Takut.

Lepas letupan dah habis,
aku bangun..
tengok sekeliling.
Semua dah musnah.
Mayat bergelimpangan.
Orang yang berhampiran aku pun menjerit kesakitan,
sambil seluruh badannya disalut darah.
Orang luar hanya mampu menolong orang yang tercedera.
Mereka tolong padamkan api,
tarik mayat keluar.

Aku?
Aku selamat,
tak cedera parah.
Tapi muka aku merah disalut darah.
aku bangun,
keluar.
Tapi aku berjalan dengan terketar-ketar.

Kawan yang berada di luar bertanya,
"kau ok?"
Aku hanya mengangguk kepala.
Sambil tu, aku duduk,
masih terketar-ketar.
Aku lapkan muka,
menitis darah dari muka aku.
Masih takut.

.......................................................