Monday, December 9, 2013

Mimpi lama

Mimpi ni aku alami masa mula-mula nak berubah dulu. Dalam banyak-banyak mimpi, aku rasa mimpi ni paling merubah kehidupan aku.

....................

Aku keluar dari rumah, sambil memimpin tangan anak lelakiku.
Aku berpakaian jubah hitam.
Di sebelah lagi tangan, aku memegang Al-Quran.
Anak lelaki aku sibuk nak pegang dan baca Al-Quran.
Aku tak bagi,
sebab aku nak baca.

Bila aku selak Al-Quran aku,
kosong...
Takde ayat Al-Quran.
Semua dah hilang.
Aku menangis.
Mula menyesal sebab banyak lagi surah aku tak hafal dan amalkan.
Anak aku pelik dengan aku.

Di lorong jalan tu,
Ada 2 orang lelaki duduk di tepi.
Mereka duduk bersebelahan, bersila.
Seorang berjubah,
mukanya tidak jelas.
Seorang lagi jelas rupanya,
tidak berjubah.

Yang tidak berjubah itu menangis melihat aku.
"Boleh jadi kiamat itu esok", katanya.
Dia menangis teresak-esak.
Aku takut.
Merasa sesak.

.....................................

Aku terus terjaga.
Dengan degupan jantung yang maha dahsyat.
Aku takut.
Sangat takut.
Aku menangis di atas katil.

Astaghfirullah-al-azim...
Dasyat sungguh dosa silam aku.

"Boleh jadi kiamat itu esok.."

Aku ingat ayat tu sampai hari ni.

Memang aku berubah terus lepas tu. Tapi, selalu jugak aku terjatuh semula.
Ya Allah, kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku.
Jadikan aku sentiasa ikhlas kerana Mu.
Jadikanlah aku orang yang sentiasa bergantung harap denganMu Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosaku, dan orang-orang yang dekat dihatiku, Ya Allah...
Ampunilah dosa kami, sama ada dosa yang kami sedar, atau pun tidak sedar..

Amin.



No comments:

Post a Comment

mehla komen kalau berani