Tuesday, April 26, 2011

Sabar dan berlapang dada itu hanya milik orang kuat

kisah pertama,

Seorang arab Badwi datang lalu memarahi Saidina Abu Bakar atas sebab yang tertentu. Waktu mula-mula dimarahi, beliau hanya tersenyum kepada orang Badwi itu. Kali kedua orang Badwi itu berterusan memarahi Saidina Abu Bakar, beliau hanya membalasnya dengan senyuman. Ketika itu, Rasulullah hanya memandang Saidina Abu Bakar sambil tersenyum. Kali ketiga dimarahi oleh arab Badwi itu, Saidina Abu Bakar tiba-tiba memarahi orang arab Badwi itu semula. Pada ketika itulah Rasulullah S.A.W mula melangkah pergi meninggalkan Saidina Abu Bakar.

Setelah seketika, Saidina Abu Bakar mula menyedari Rasullah S.A.W telah pun berjalan meninggalkannya. Beliau mula mencari Rasulullah S.A.W dan bertanya,

"Wahai Rasullullah, mengapa engkau berjalan meninggalkanku begitu sahaja?"

Rasullullah S.A.W menjawab,
"Ketika engkau membalas amarah arab Badwi itu dengan senyuman, malaikat turun dan menjawab segala amarah orang itu bagimu. Namun buat kali ketiga engkau juga memarahinya, malaikat berlalu pergi kerana waktu itulah turunnya syaitan di sisimu. Dan aku tidak mahu berada di samping orang yang didampingi syaitan."

 ......................

kisah kedua,

Salman Al-Farisi ingin menikahi seorang wanita, lalu dia menyatakan hasratnya itu kepada Abu Darda. Mereka berdua pun pergi ke rumah wanita itu untuk meminta keizinan dan kesudian wanita tersebut dan keluarga. Namun, Wanita tersebut menolak peminangan Salman Al-Farisi. Sebaliknya, wanita tersebut menyatakan kesudiannya utntuk berkahwin sekiranya Abu Darda yang ingin menikahinya. Setelah mendengar penyataan itu, Salman Al-Farisi segera memeluk Abu Darda dan berkata,

 "Alhamdulillah, segala persiapan kahwinku akan ku sedekahkan kepadamu sekiranya engkau ingin berkahwin dengan wanita ini."

.......................

kisah ketiga,

Rasulullah S.A.W ada bersabda, ada seorang penghuni syurga akan memasuki kota (Mekah/Madinah >maaf, tak ingat). Lalu Ikrimah bin Abi Jahal masuk ke kota itu dengan wajah yang telah dibasahi wudhuk. Seorang sahabat lalu meminta untuk bermalam bersama Ikrimah. Sepanjang bermalam dirumah Ikrimah, Sahabat tersebut tidak nampak Ikrimah berpuasa sunat, bangun qiam, solat sunat. Namun, Ikrimah merupakan salah satu penghuni syurga yang telah dijanjikan tempatnya walaupun masih hidup seperti yang dikatakan Rasulullah S.A.W. Lalu hari terakhir bermalam di situ, Sahabat bertanya,

"Apa amalanmu yang melayakkan engkau untuk dijanjikan sebagai seorang penghuni syurga? kamu tidak sembahyang sunat, puasa sunat atau poun bangun malam untuk berqiamullail.."  

Ikrimah menjawab,

"Sepanjang kamu bermalam di sini, apa yang kamu nampak aku lakukan, itulah amalanku."

sebaik saja sahabat mahu melangkah pulang, Ikrimah memanggil..

"nanti! mugkin juga kerana setiap kali aku hendak tidur pada setiap malam, aku melupakan dan memaafkan segala kesalahan sahabatku."

Sahabat pun menjawab,
"haaaa..itulah yang aku tiada.."

......................



Aku cuma nak bagitahu, kalau meknon-meknon aku kat sini ada masalah apa-apa dengan kawan sendiri atau pun orang lain, bawak-bawak bersabar. Memang remeh s.a.b.a.r ni, tapi tak ramai orang yang ada sifat ni. 


Aku tahu sebelum ni, aku ada cakap untuk balas balik perbuatan jahat orang dekat kita. Tapi bila difikirkan balik, bersabar  dan berlapang dada itu lebih bagus. Ganjarannya amat besar di akhirat nanti. 


Kalau orang buat kita, takpe. biarkan. Jangan kita buat naya kat orang. Berdosa besar. Dan tempat orang yang banyak buat dosa nih, tempatnya di neraka jahannam. Aku nak ke syurga. Jadi, aku nak jugak mengajak meknon-meknon semua ke arah syurga. 


Kalau boleh, setiap malam masa nak tidur, lupakan segala iri hati, dendam perasaan tak puas hati tu semua macam Ikrimah tadi tu. LUPAKAN SAJA...Kita buka lembaran baru setiap hari. 


Kalau ada kawan yang kita tak suka dan dulu kita selalu bergaduh dengan dia, berdamailah. Fikir balik, kita umat islam yang bersaudara. Allah ciptakan manusia ni lain-lain ragamnya. Memang sengaja Allah cipta begitu untuk uji kita. Yang paling penting, ingat kenapa kita perlu berkawan dan memelihara hubungan baik dengan kawan kita tu...sebab Allah semata-mata. Apa je masalah, yang paling penting bersabar...INGAT TU! 


BERSABAR DAN BERLAPANG DADALAH KITA..

...............

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang berat. 
                                                                                                 (Ali Imran, ayat 105) 

1 comment:

  1. sabar itu berat. so, ak diam cz i still can endure all this. but BELIEVE ME, it TAKES TIME for me to forgive n forget.

    ReplyDelete

mehla komen kalau berani