Wednesday, March 7, 2012

kita - selama ini


dan kita adalah seperti kepingan gambar yang bercantum untuk menjadi satu ilustrasi menarik untuk ditatap... dari satu kepingan gambar ke kepingan yang lain - punya cerita tersendiri. semuanya terbina atas flaw tersendiri yang telah ditentukan oleh hukum genetik sejak azali lagi.

kelebihanmu adalah kekuranganku. saling melengkapi antara satu sama lain. hilang satu kepingan gambar, maka dari saat itulah ku harus mencari kepingan yang hilang itu. semoga dia berada di situ. sentiasa di bawah lindunganNya. maka harapan itu didiamkan, kerana saatnya belum tiba untuk harapan itu terzahir atas izin dariNya. ku yakin denganNya, bahawa DIA yang maha berkuasa untuk menjaga kamu yang entah di benua mana, hidup dengan perlindungan dariNya. juga rahmat dariNya.


kepingan satu yang masih menanti kepingan yang lain untuk muncul sekali membawa harapannya hingga ke syurga!

4 comments:

  1. ..dan andai satu hari nanti ditakdirkan kepingan-kepingan itu bercerai-berai, jangan pernah jemu mencantumkannya satu-persatu kembali.. =)

    ReplyDelete
  2. did i say, that this is my fave ever??

    ReplyDelete
  3. dan kerana itu tidak pernah ku jemu untuk menyimpulkan kepingan-kepingan itu sebelum saat bercerai-berai itu tiba. :)

    ReplyDelete
  4. my fave too... semoga kepingan yang lain bawa harapan kita hingga ke syurgaNya!

    ReplyDelete

mehla komen kalau berani