Thursday, March 8, 2012

inilah rasanya..


Lamalah jua dia memendam rasa.Kerana terlalu malu dan mahu, dirinya berbagi dua. Lalu bermulalah perjalanan konflik antara hati dan logik, seperti yang selalunya. Berpaling ke belakang, bukan untuk berundur. Maju ke hadapan, terasa pula semakin jauh destinasi. Kerap kali menjadi pulau di tengah lautan ganas, merasa lelah diterajang ombak. Terkadang dia terbayang akan akarnya yang menyebabkan dia tumbuh di sini. Tumbuhnya tak subur, tapi tak jua layu. Terkadang jua dia sukar bangkit apabila tersungkur.Untung nasib, dia punya tali yang teguh. Bagai besi yang telah cair dileburkan, masih tetap selamanya menjadi logam. Dia sedar, perjalanannya masih berbaki berjuta langkah, dan saat itu hanyalah permulaan baginya.


"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" 


(Ali-Imran, 3:103)

2 comments:

  1. tika ini, barulah sebetulnya permulaan bagi dia. persiapkan tekad andai itu pilihannya meredah badai. yang takkan mungkin orang lain akan lakukan. dan dia juga harus berpegang teguh dengan tali itu. agar dia tidak tersasar dari hala tujunya.

    ReplyDelete

mehla komen kalau berani