Halo students yg tengah rasa tension, emo tak tentu hala sebab final exam dah nak dekat. hahahaha
mesti korang ada pernah cakap, "huh, boring gila study!" atau "pehal aku kena blajar?" atau "gila susah benda nih.." atau yg paling best... tiap hari kau menyanyi kuat2 dalam bilik, nyanyi lagu ni... "Oh Mama, saya mahu kahwin~"
haipp... memandai je kata boring. STUDYING IS FUN!
(errr.. macam skema kan?)
haha... bila dah nak masuk tahun (2+1) ni... terasa kecik pun ada, segan pun ada... ek why? sebab... aku perasan and bajet macam budak kecik tapi terperangkap dalam jasad seorang manusia berumur 20++. segan? yelah... maunya tak segan dengan budak2 senior yg bagus2 and baik2 (aku ni nakal sket. sket je la.)
OK. mesti meknon lain yg tengah baca akan rasa nak muntah hijau.
ZZZ... tapi bagi aku, belajarlah bila masih ada masa, ruang dan peluang. sebab apa? bila dah habis belajar, kau akan mula berfikir nak cari kerja, nak fikir beli kereta, nak fikir beli rumah, nak fikir bayar bil (oh dulu, semua bil parents kau yg tolong bayarkan.) nak fikir jaga awek (kang nanti awek blah, emo plak kan? but... who cares?) nak fikir semua semua tu...
masa jadi seorang student la, lagi best. hidup aman tenteram dari segala masalah. well, setakat masalah nak kejar dateline hantar assignment tu normal lorr... for me, being a student cause me to learn LOTS of new thing, meet with wonderful future prospective husband friends, lecturers and people around the world, experience many activities and etc. unless you, yeah. you. yourself. pergi terlibat dengan perkara2 yang boleh bawak masalah pada diri kau. lagi2 benda yg xbawak pekdah tu. huhu... tolong la. pergi siapkan assignment kau yg tinggi menggunung tu atau bawak2 la pergi main Dota berjogging petang2 tu. ada gak la pekdahnya. haha.. kan dah kena bebel.
masa jadi student jugaklah, kau akan jumpa dengan orang2 yg sangat mencintai ilmu. see your lecturers. tanya je la apa2 yg kau serabut sangat dalam kuliah. *terasa* dorang akan terangkan kat kau sampai kau faham (dengan syarat kau ada effort untuk jumpa dorang laa..). memang dorang sangat lah expert dalam bidang dorang. kalau kau nak gi continue studies pun dan tak tahu nak ambil bidang apa or maybe you want to change your stream (kut la dah jemu dengan sains, sastera ke.. kan? haha), you shud see your lecturers and see what they want to tell.. they would give their opinions... then, do your decision with the guidance from Allah. nanti bila dah busy dengan komitmen (tunang la, family, kerja) lain, agak susah kau nak luangkan masa untuk sambung belajar balik. (bukan aku kata xde peluang langsung, banyak je peluang tu cuma dah susah sket la. sket je ok? hehe) masa pun dah terbatas. sebab tu adanya PART-TIME student. xkisah la dia student postgrad ke... student dip eksekutif ke... tapi kat situ dah boleh nampak, mereka buat 2 perkara dalam satu masa, belajar dan kerja. memang tabah la dorang ni... salute them. so, it is better enjoy your life as a student sementara masa, ruang dan peluang masih ada. :)
ke.. kau yg dah gatal nak berbini (or berlaki)? ahaha... no comment. kalau jodoh kau cepat sampai, well, congrats dari aku and semua meknon. bagi yg not well-prepared tapi nak sgt kahwin tu... why not if you think back 5 seconds... kau hanya disuruh mengaji oleh mak bapak pun menangis2, merengek2 nak habiskan 3-6 tahun ni... lagikan nak jadi suri (or suami) org... layakkah? tunggu diri kamu betul2 bersedia, dan bila masanya sudah sampai, kahwinlah. jangan segalanya tergopoh gapah, huru-hara... mengaji xhabis, pasangan plak ntah ke mana... oh tidakk... siapa jadi mangsa? kamu dan keluarga. oh~
ok. sampai di sini sahaja kuliah kita hari ini. balik hostel buat assignment yg saya bagi tu ye. minggu depan, saya nak. ok tatatititutu... Assalamualaikum. ;D
P/S: remember. your focus. know what you want. fight for it.
P/S: remember. your focus. know what you want. fight for it.
No comments:
Post a Comment
mehla komen kalau berani