Hamba hairan...Biar hamba beri contoh untuk mengilustrasikan kehairanan hamba..
Bajet diberikan kepada sebuah pertubuhan..Bajet akan dihentikan sekiranya pertubuhan tidak melakukan apa-apa aktiviti dengan bajet yang diberi itu.
Lalu, Pertubuhan tersebut memulakan aktiviti menjual buku, namun langsung tidak mengambil kira faktor tema buku yang menjadi rebutan atau tema yang diperlukan untuk mengubah sahsiah diri masyarakat..Buku yang dijual adalah buku-buku yang senang dibeli secara borong sahaja. Maka, pertubuhan tersebut tidak mementingkan keuntungan yang bakal dicapainya hanya kerana tujuan utamanya adalah untuk membuat aktiviti yang membolehkan bajet sentiasa diberi kepada badan pertubuhan tersebut. Oleh sebab itu, usaha dan perancangan yang dibuat dipertikaikan oleh sebahagian kecil ahli.
Terdapat beberapa ahli yang memberi buah fikiran untuk menyumbang kepada keuntungan yang bakal dikecapi, namun terus disisihkan idea itu oleh sebab kesempitan masa untuk berubah arah.
Timbul persoalan,
1) Mengapa begitu lambat diberitahu kepada ahli-ahli bahawa aktiviti tersebut akan diadakan? Bahkan ahli mendapat tahu lebih kurang 2 minggu sebelum aktiviti bermula.
2) Mengapa tidak dibincang dengan ahli-ahli, apakah jenis buku yang akan dijual?
3) Mengapa tidak belajar dari masa yang lalu, bahawa jenis buku yang dijual pada tahun ini tidak laku, tetapi masih mahu menjualnya, dengan alasan bahawa sebenarnya dah balik untung..Fikir semula, segala usaha, masa yang dihabiskan untuk menjayakan aktiviti tersebut adalah sangat memenatkan, dan tidak berbaloi jika hanya balik pulangan semata-mata.
4) Mengapa ketua sebenar persatuan yang telah dilantik oleh ahli-ahli kurang memainkan peranan?
5) Mengapa hamba lihat ada perbezaan dari segi tugas-tugas yang diagihkan kepada ahli-ahli?
6) Mengapa hamba rasa sungguh terkilan akan pertubuhan ini?
Tidakkah tuan hamba tahu? keuntungan yang sepatutya boleh kita gandakan boleh digunakan ke arah kebaikan? Mengapa sambil lewa merancang untuk menjual buku??
No comments:
Post a Comment
mehla komen kalau berani